KEMMIS DAN MC TAGGART(1983)
Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.
STRINGER, 1999
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian,
i. bermula dengan penglihatan (looking)
ii. pemikiran (thinking)
iii. tindakan (action)
Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.
SPIRAL
1) Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya
JEAN MCNIFF(2003)
Berbentuk seperti angka 6
langkah
- memerhati
- membuat refleksi
- bertindak
- menilai
- ubahsuai
- berpindah ke arah baru
0 comments:
Post a Comment