BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

~TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN~

Ahli kumpulan:

Mohd.Ery Johaizal bin Ramli
Nurul Syuhaiza Binti Othman
Sumaiyah bt Mamat Zambi


Pendekatan Sedutan Iklan dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan/ KHB

Tajuk mini kajian tindakan yang telah dipersetujui oleh setiap ahli dalam kumpulan saya adalah :

Tajuk ini dipilih setelah beberapa penilaian dilakukan antaranya faktor minat pelajar, kecenderungan dan keupayaan pelajar serta kreativiti guru dalam membudaya ICT dalam bilik darjah. Iklan sebenarnya mampu memberikan kesan positif kepada aktiviti pembelajaran pelajar kerana:

a) Iklan merupakan sesuatu yang dekat dengan diri pelajar kerana kebanyakkan pelajar-pelajar suka menonton televisyen dan mendengar radio.

b) Paparan iklan mampu menarik minat pelajar kerana ia bersesuainan dengan minat pelajar sekarang yang berkemahiran dalam bidang teknologi / ICT.

c) paparan iklan juga mampu mendorong pelajar-pelajar menjana idea mereka dengan berfikir secara kreatif dan kritis.

d) Guru mudah untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana iklan bukan saja melibatkan aktiviti secara elektronik malah boleh digunakan iklan secara bercetak seperti yang terdapat di dalam majalah dan surat khabar. Variasi tekik pengajaran guru membantu memotivasikan pelajar untuk belajar.

e) Keluar dari kepompong pengajaran secara tradisional atau penggunaan slideshow dan teknik pengajaran

f) Pelajar lebih senang untuk memahami topik yang diajar dengan adanya sedutan iklan sebagai medium pembelajaran

SAMPLE KAJIAN
-pelajar Ting. 1 dan 2 untuk subjek KH
-pelajar Ting. 4 untuk subjek Perdagangan

SETTING KAJIAN
Sek.Men. di sekitar Bangi


0 comments: