BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN 6:KEKUATAN.......

Pengalaman/Rekleksi secara individu

1. Kreativiti diperlukan untuk melahirkan individu/usahawan yang kreatif
2. Dengan adanya kemahiran, pelajar dapat berdaya saing dalam pekerjaan nanti.
3. Subjek ini membekalkan pengetahuan, kemahiran dan pebentukan keperibadian yang unggul dalam bidang perniagaan
4. juga boleh mempertingkatkan produktiviti negara dalam pelbagai bidang industri
5. membantu pelajar yang lemah dalam akedemik tetapi mempunyai kecenderungan dalam bidang kemahiran

Nurul Syuhaiza

1. Pelajar dapat menggunakan kemahiran yang tersembunyi untuk menghasilkan projek-projek tertentu.
2. Cara pemikiran kreatif membolehkan pelajar menghasilkan projek yang menarik.
3. Silibus yang terkandung dalam KH adalah bermula dari pemghasilan projek hingga penjualan hasil projek. Secara tidak langsung membantu pelajar memahami asas untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
4. boleh melahirkan usahawan yang inovatif serta berdaya saing di pasaran kelak.
5. Guru boleh menggunakan pelbagai alatan pertukangan untuk menjagar pelajar secara praktikal

Mohd Ery Johaizal Ramli

1. Meningkatkan pengetahuan tentang bidang perdagangan
2. mampu melahirkan pelajar yg bkn sahaja tertumpu pada bidang akademik, malah bidang kemahiran (KH)

Sumaiyah.
.................................................................................................................................................................


Pengalaman Pasukan

1. Membolehkan pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan berasaskan perniagaan dan keusahawanan
2. Membantu meningkatkan aspek kemahiran murid.
3. Guru membantu pelajar mengaplikasikan/mengasah kemahiran pelajar yeng terpendam.
4. Pelajar dapat mengaplikasikan teori yang diajar dengan projek-projek yang diajar oleh guru


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman Luar Pasukan






-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Literature Review

Jurnal

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh
Dr. Rusmini Ku Ahmad

Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.

Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Penggunaan Multimedia dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P.

Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.


Jurnal

GAYA PEMBELAJARAN DAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh
Giam Kah How

Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara
seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya
digunakan dengan berkesan. Ini kerana multimedia dapat
(1) memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri sendiri.

(2) melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan elemenelemen
yang terdapat dalam multimedia

(3) menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan

(4) memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme.

0 comments: