BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

apa itu kajian tindakan

* melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati

Mc. Niff (1988), …" Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lai secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”.

Elliot & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

tujuan kajian tindakan......

1 Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

2 Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

3 Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

4 Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif

5 Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum

6 Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan

7 Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif

KT dilakukan apabila…..

Melihat ketidak berkesanan kaedah yang digunakan
Mengenalpasti masalah atau isu yang hendak dikaji
Pelajar bosan dan tidak memberi perhatian yang sepenuhnya semasa proses P&P
Pelajar dilihat cepat mengantuk apabila guru mengajar

Dimana KT di lakukan…
• Individu
• Kelas
• Sekolah
• Daerah
• Negeri

Methodologi


Temubual
Temubual adalah satu kaedah pungutan data yang penting kerana ia membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam dalam memahami sesuatu situasi/masalah/isu dengan jelas. Temubual awal boleh dibuat secara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang boleh dilaksanakan bersama:
• rakan-rakan sekerja dalam bidang yang sama
• ketua panitia mata pelajaran
• pelajar/ murid
• ibu bapa
• pentadbir
temubual boleh dikategorikan kepada:

Temubual Berstruktur

Soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja dan telah ditentukan supaya pengkaji dapat menyoal secara sistematik.

Temubual Tidak Berstruktur

Soaljawab yang mementingkan penerokaan idea ataupun perbincangan terbuka. Dilakukan dalam situasi tidak formal. Kaedah ini memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri.

Ujian Kertas Pensil / Bertulis
Ujian kertas pensil / bertulis boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk mengenalpasti masalah. Hasil ujian kertas pensil boleh dirujuk sebagai sumber.
Contohnya:
• ujian bulanan
• ujian percubaan
• ujian tahunan
ujian semester

Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik yang dibentuk mesti memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenalpasti. Hasil soal selidik yang memberi fokus kepada item-item dalam sub-topik boleh dijadikan indikator dalam menentukan fokus terhadap masalah/ isu.

Terdapat beberapa jenis soalan dalam soal selidik :
1. Dichotomous - bertujuan untuk mendapatkan pilihan sampel daripada 2 pilihan yang diberi.
2. Likert scale - bertujuan untuk mendapatkan tingkat penilaian / persepsi / persetujuan sampel.
Skala jawapan: 3-poin/4-poin/5-poin/7-poin

3. Rank Order - bertujuan untuk mendapatkan penilaian sample kepada semua item yang disenaraikan dengan memberikan pemberatannya. Susunkan beberapa item yang mempunyai ciri-ciri yang sama (mutually exclusive) mengikut keutamaan

4. Soalan Terbuka (Open-Ended) - bertujuan untuk mendapatkan pendapat sample dengan menulis sendiri pendapatnya.

5. Inventori Kendiri
Soalan inventori kendiri boleh dibentuk oleh penyelidik untuk memahami masalah yang wujud dalam bidang tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

6. Borang Pemerhatian
Borang pemerhatian dibentuk bagi meneliti situasi/kejadian serta memikirkannya secara kritikal.

7. Catatan Harian Rancangan Mengajar Guru
• jurnal refleksi guru/ pelajar
• diari guru/ pelajar
memo arahan kerja

0 comments: