BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN 5:KT

GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN KERANA…….

1. Membuat pembaharuan kepada kaedah atau teknik mengajar

2. Memperbaiki kaedah mengajar dan prestasi kerja supaya dapat memberi pengajaran yang lebih jelas dan berkesan

3. Bertindak sebagai panduan kepada guru-guru lain

4. Mempelbagaikan kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar

5. Mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk mempraktikannya dalam situasi yang baru dengan berkesan

6. Memantapkan lagi kebolehan guru bagi memperkembangkan isi semasa dalam proses P&P

7. Menentukan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru

8. Mengkaji permasalahan dan mencari penyelesaian sesuatu isu yang timbul

9. Memartabatkan profession perguruan

10. Membentuk budaya penyelidikan di kalangan guru bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

====================================================================================

MINI KAJIAN TINDAKAN


Penggunaan Sedutan Iklan dalam Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan/ KHB



Tajuk ini dipilih setelah beberapa penilaian dilakukan antaranya faktor minat pelajar, kecenderungan dan keupayaan pelajar serta kreativiti guru dalam membudaya ICT dalam bilik darjah. Iklan sebenarnya mampu memberikan kesan positif kepada aktiviti pembelajaran pelajar kerana:

A) Iklan merupakan sesuatu yang dekat dengan diri pelajar kerana kebanyakkan pelajar-pelajar suka menonton televisyen dan mendengar radio.

B) Paparan iklan mampu menarik minat pelajar kerana ia bersesuainan dengan minat pelajar sekarang yang berkemahiran dalam bidang teknologi / ICT.

C) Paparan iklan juga mampu mendorong pelajar-pelajar menjana idea mereka dengan berfikir secara kreatif dan kritis.

D) Guru mudah untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana iklan bukan saja melibatkan aktiviti secara elektronik malah boleh digunakan iklan secara bercetak seperti yang terdapat di dalam majalah dan surat khabar. Variasi teknik pengajaran guru membantu memotivasikan pelajar untuk belajar.

E) Keluar dari kepompong pengajaran secara tradisional atau penggunaan slideshow dan teknik pengajaran

F) Pelajar lebih senang untuk memahami topik yang diajar dengan adanya sedutan iklan sebagai medium pembelajaran

SAMPLE KAJIAN
-pelajar Ting. 1 dan 2 untuk subjek KH
-pelajar Ting. 4 untuk subjek Perdagangan
- seramai 80 orang pelajar

SETTING KAJIAN
Sek.Men. Di sekitar Bangi

0 comments: