BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 30, 2009

~TUGASAN 3: ULASAN KOLOKIUM~

ulasan 1

pembentang:
Syaidatul Haini Binti Mohd Radzi
Rasyidatun Naja Isa

tajuk:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAP SUBJEK SAINS MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

Kajian yang telah dijalankan ini membincangkan kaedah PBM yang digunakan bagi menarik minat pelajar terhadap subjek Sains di bentangkan di Palm View Hotel .

objektif kajian
  • meningkatkan minat pelajar Tingkatan 1 dalam subjek sains
  • memperkenalkan kaedah PBM dalam P&P

pernyataan masalah
  • Adakah kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah berkesan dalam membantu pelajar meningkatkan minat dalam subjek Sains?
  • Adakah kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah sesuai atau tidak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sains?

metadologi

Penyelidik menggunakan kaedah kooperatif dengan membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang
dibuat secara
pemerhatian dan temubual iaitu menggunakan kaedah kualitatif


sampel kajian
pelajar Tingkatan 1A di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur
seramai 35 responden terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India
yang pelbagai latar belakang



menggunakan Teori Kurt Lewin dalam prosedur kajian

1. membuat refleksi (mereflek)/ tinjauan
2. merancang kaedah yang akan digunakan
3. bertindak
4. memerhati

menjalankan kajian ini selama dua minggu (lapan sesi pengajaran)
selama 70 minit bagi setiap sesi
dijalankan di makmal komputer

pertemuan pertama dan kedua:-
pembentukan kumpulan
pelajar dibenarkan memilih ahli kumpulan(2-3 orang)
satu kumpulan satu komputer (komputer terhad)
perkenalkan pembelajaran secara online (webquest)
guru mengemukakan masalah
pelajar berbincang sesama ahli kumpulan
mencari maklumat di internet


pertemuan ketiga dan keempat
pembentangan kumpulan di dalam kelas
bagi membincangkan penyelesaian masalah
dan untuk
penilaian hasil kerja
menemubual beberapa orang pelajar untuk mengetahui keberkesanan
kaedah yang digunakan
membuat refleksi



pengumpulan data
kaedah kualitatif
  1. Pemerhatian
telah dijalankan oleh dua orang penyelidik
dengan mengambil gambar pelajar semasa aktiviti berjalan
bertujuan untuk melihat perubahan minat pelajar terhadap pendekatan yang telah digunakan
dari perspektif
reaksi yang telah dipamerkan oleh pelajar

2. Temubual tidak berstruktur

menemubual pelajar untuk melihat pandangan dan reaksi
terhadap aktiviti yang telah dijalankan
melalui kaedah permbelajaran berasaskan masalah

penganalisan data
data dianalisis secara kualitatif
diperolehi melalui instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data
iaitu

1.
pemerhatian reaksi pelajar
pelajar teruja apabila dibawa ke makmal komputer
ini dapat meningkatkan kreativiti, kritis dan kerja berkumpulan di kalangan pelajar
pelajar diberi peluang untuk mengkritik idea-idea rakan
membuat penilaian terhadap hasil kerja
pelajar lebih berminat belajar apabila diberi peluang mencari maklumat secara online

2.
temubual tidak berstruktur
responden dipilih secara rawak
telah memberi respon yang positif terhadap pendekatan yang digunakan
mengakui kaedah ini memerlukan mereka berfikiran kreatif dan kritis
dalam menjana idea untuk menyelesaikan masalah

implikasi kajian
pelajar lebih aktif di dalam kelas
komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar
pembelajaran yang berpusatkan pelajar
rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu untuk menyelesaikan masalah
objektif tercapai dimana pendekatan ini dapat menarik minat pelajar



kajian ini........

pada pendapat saya:
guru hendaklah memastikan pelajar-pelajar ini celik komputer
tahu penggunaan komputer supaya pelajar tidak ketinggalan
pada pendapat saya, PBM merupakan satu kaedah yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan yang berpusatkan pelajar.
PBM menggalakkan pelajar berusaha mencari maklumat sendiri dengan menggunakan pelbagai sumber rujukan samada di dalam buku rujukan, buku teks, suratkhabar dan internet.
kaedah ini melatih pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan inisiatif sendiri sekaligus menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
pembelajaran ini adalah satu pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakkan penglibatan kerjasama sesama kumpulan, mendapat maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran.
ia juga dapat mengingkatkan tahap pemahaman pelajar yang mendalam terhadap subjek


============================================================================================================



ulasan 2
pembentang:
Hasmalina Binti Hamzah
Hazwin Dalila Harris

tajuk:
MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN SUASANA PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA SECARA BERKUMPULAN



















Kajian ini membincangkan mengenai penggunaan peta minda secara berkumpulan bagi meningkatkan pemahaman dan suasana pembelajaran subjek Biologi Tingkatan 4

objektif kajian

pembentang telah menyatakan 3 objektif kajian:-

* memahami setiap isi kandungan bagi tajuk nutrisi dalam subjek Biologi

* mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan komunikasi pelajar

* mudah memahami dan mengingati setiap konsep dan istilah dalam Biologi bagi tajuk nutrisi



pernyataan masalah

* Adakah teknik penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk nutrisi ini?

* Adakah kaedah ini dapat mewujudkan suasana belajar yang efektif dan menyeronokkan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar?

* Adakah kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dalam memahami konsep serta istilah Biologi bagi tajuk nutrisi?

Metodologi, setting kajian dan sampel kajian
kajian ini dilakukan oleh 2 orang penyelidik
selama 4 minggu
melalui pemerhatian pengkaji (penilaian kendiri-RPH)
melalui temubual berstruktur dan tidak berstruktur
borang soal selidik

seramai 60 responden terpilih
terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Al-Biruni dan 4 Al-Farabi
di Sekolah Agama Menengah Bestari


prosedur kajian

merancang
(selama 2 minggu)
membuat pemerhatian tingkah laku pelajar ketika menggunakan kaedah syarahan
hasil yang didapati pelajar cepat bosan

pembentang berbincang untuk mencari alternatif lain bagi menangani masalah ini
merancang mencari instrumen yang akan digunakan

membuat tindakan
(selama 1 minggu)

memilih topik yang sesuai dalam subjek biologi
meminta pelajar membuat peta minda secara berkumpulan

pemerhatian
(selama 1 minggu)
membuat pemerhatian dan catatan semasa kerja berkumpulan

refleksi
(selama 1 minggu)
pembentang membuat penilaian kendiri
menjalankan temubual bersama pelajar untuk menilai keberkesanan kaedah ini
menjalankan soal selidik ke atas pelajar
menganalisis dapatan hasil dari temubual dan borang soal selidik


pengumpulan dan penganalisan data

melalui pemerhatian

• pemerhatian mengenai tingkah laku pelajar semasa menjalankan aktiviti berkumpulan
• didapati pelajar berminat melakukan tugasan yang telah diberi
• didapati keadaan kelas terkawal semasa aktiviti berlangsung
• pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi semasa menjalankan aktiviti
• pelajar aktif dalam mengutarakan idea dan pendapat
• aktiviti ini membuka ruang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti mereka
• pembentangan yang kreatif dan berkesan
• pelajar di dapati kurang menepati masa seperti mana yang diperuntukan



melalui borang soal selidik
penyelidik menilai pelajar dari sudut

• pemahaman pelajar mengenai topik yang diberi
• penguasaan pelajar terhadap tajuk
• tahap keyakinan pelajar dalam mengutarakan pendapat
• komunikasi dan interaksi yang berkesan

melalui temu bual

pelajar aktif dan bersemangat melakukan aktiviti
tidak merasa kekok semasa melakukan aktiviti
contoh soalan yang telah ditanya

¨Apakah pendapat anda tentang perbezaan di antara kuliah dan kaedah kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?

¨Kaedah yang manakah yang anda membuat anda lebih bersemangat dalam mempelajari topik-topik terbaru?

Dapatan dari hasil temubual

pelajar lebih berminat menggunakan kaedah pembelajaran 2 hala
pelajar bersetuju kaedah ini dapat membantu dalam pemahaman terhadap topik yang diajar
kaedah ini bersifat interaktif dan pelajar dapat berkongsi maklumat


implikasi

apabila kaedah ini dilakukan secara berkumpulan, pelajar dapat belajar secara kolabratif dan kooperatif
pelajar lebih cepat faham dengan apa yang hendak di ajar
pelajar akan menjadi lebih kreatif dalam penghasilan nota



kajian ini.....

pada pendapat saya

peta minda yang dibuat merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti pelajar dalam pencetusan idea dan pendapat
ia juga dapat memperkembangkan potensi kemahiran psikomotor pelajar kaedah ini sedikit sebanyak mengajar pelajar kemahiran menganalisis fakta dan pembentukan sikap yang analitikal
membaca-memahami-menganalisis-menyusun untuk membentuk lakaran























0 comments: