Tajuk buku:
ACTION RESEARCH IN EDUCATION
Author:
ERNIE STRINGER
ACTION RESEARCH IN EDUCATION
Author:
ERNIE STRINGER
Menurut buku ini,kajian tindakan ialah proses penyelidikan yang sistematik yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yan dilakukan oleh guru dalam situasi sosial itu sendiri (guru/pendidik) sebagai penyelidik.
Melaksanakan tindakan praktik (intervensi ) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki dan meningkatkan kualiti amalan mereka.
Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps), dinamik dan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.
Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps), dinamik dan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.
PROSES KAJIAN TINDAKAN
Ada 4 peringkat (langkah) dalam satu kitaran
MERANCANG : Merancang tindakan / intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan.BERTINDAK : Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus.MEMERHATI : Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.
MEREFLEK : Muhasabah diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P diri sendiri.
CIRI....
- Dilakukan oleh guru dalam konteks tugas seharian, dalam situasi sebenar.
- Dilakukan secara individu atau kumpulan atau kolaboratif dengan guru yang bersifat kritis kendiri dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahamannya.
- Menggunakan tindakan praktis / intervensi bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara serentak.
- Banyak guna refleksi kendiri terhadap kekuatan / kelemahan amalan.
- Melibatkan guru bina teori daripada amalan sebenar.
- Penekanan kepada masalah praktik bukannya masalah teori.
- Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitaran.
Menurut penulis, terdapat 5 langkah atau urutan dalam membuat kajian tindakan iaitu
Mereka bentuk - pengumpulan data - analisis data - menyampaikan hasil kajian - bertindak
penulis menggunakan model Helix sebagai contoh dalam menjalankan kajian
a) Membuat pemerhatian
bagi mendapatkan maklumat mengenai siapa yang terlibat dalam kajian, apa masalah yang dihadapi, dimana, bila pengkaji menghadapi masalah dan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah
b) Membuat perancangan hasil dari refleksi
dalam langkah ini, pengkaji mencadangkan agar membuat refleksi bagi memahami masalah sebenar yang dihadapi dan bagaimana masalah ini boleh terjadi. selalunya masalh ini berlaku disebabkan pelajar kurang berminat dengan subjek yang diajar, bosan dengan pendekatan yang digunakan guru, masalah disiplin. Refleksi merupakan proses merenenung, menganalisis masalah, mencari alasan,cadangan serta tindakan untuk memperbaiki diri. Proses ini melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan beraku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.
c) Bertindak
Dari hasil refleksi yang telah dibuat, tindakan perlu dilakukan bagi melihat keberkesanan perancangan yang telah dibuat.Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk menyampaikan data bergantung kepadakeprluan kajian iaitu seperti
* Bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam betuk projek atau kerja rumah
* Rekod kedatangan pelajar, rekod ujian bulanan dan rekod peperiksaan tahunan
* Soal selidik yang dibuat ke atas pelajar, ibu bapa, guru
* Rakaman video atau audio, foto bagi menunjukkan kegiatan yang dikaji
Mengikut Action Research Spiral yang dinyatakan oleh penulis, kajian boleh dilakukan sama ada untuk mengkaji individu, sekumpulan pelajar, di lakukan dalam kelas, sekolah atau komuniti.
***********************************************************************************************
PENGUMPULAN DATA
Merupakan satu pendekatan yang khusus di mana ialah adalah amat penting untuk menjalankan kajian. Menurut penulis, terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengumpulan data iaitu samada secara kualitatif atau kuantitatif data. Ia boleh digunakan samada dengan memilih salah satu daripada pendekatan atau dengan menggunakan kedua-duanya sekali dalam satu kajian.
Buku ini menekankan temubual adalah salah satu medium penting bagi memahami dengan lebih jelas lagi pengalaman-pengalaman, prinsip serta perspektif orang yang dikaji.Di samping itu juga, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu pemantauan, mengkaji rekod dan dokumen yang berkaitan juga adalah bentuk pendekatan yang perlu dilakukan bagi mengumpul data bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Temubual diperlukan bagi mendapatkan maklumat spesifik yang lebih terperinci di mana biasanya terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual jenis
a) Berstruktur- menggunakan soalan-soalan yang telah disediakan dan ditentukan untuk semua responden.
b) Semi- berstruktur- menggabungkan struktur soalan dari temubual berstruktur dan tidak berstruktur.
c) Tidak berstruktur- menggunakan soalan terbuka yang memberi eluang kepada responden memberi jawapan mengikut bui-bicaranya dan tidak terikat dengan jawapan alternatif
b) Semi- berstruktur- menggabungkan struktur soalan dari temubual berstruktur dan tidak berstruktur.
c) Tidak berstruktur- menggunakan soalan terbuka yang memberi eluang kepada responden memberi jawapan mengikut bui-bicaranya dan tidak terikat dengan jawapan alternatif
Buku ini ada menyatakan teknik-teknik menemu bual, panduan temubual dan cara untuk merekoda dan menilai data temubual untuk dikumpulkan. Bagi mendapatkan temubual yang berkesan, ianya perlu dirancang dengan baik supaya hubungan intraksi dapat dikekalkan sehingga akhir temubual.
0 comments:
Post a Comment