BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 2: JURNAL

JURNAL 1


"THE IMPACT OF GROUP SELECTION ON STUDENT PERFORMANCE AND SATISFACTION
"

oleh
Sakhti Mahenthrian
Pamela J.Rouse

PENYATAAN MASALAH
Mengkaji sama ada prestasi dan sikap pelajar boleh ditingkatkan dengan memberi mereka kebebasan untuk membentuk kumpulan koperatif sendiri.

SAMPLE KAJIAN
  • 110 pelajar
  • Melibatkan empat buah kelas iaitu seramai 32, 30, 28 dan 20 orang pelajar dalam setiap kelas
SETTING KAJIAN
  • Midwestern US University
PROSEDUR
Penyelidik membentuk 2 kumpulan besar iaitu kumpulan A( terdiri dari dua kelas) dan kumpulan B(juga terdiri dari dua kelas) bagi menyiapkan sebanyak empat tugasan di mana...

Kumpulan A

  • pelajar telah diminta memilih pasangan untuk membentuk kumpulan
  • penyelidik memilih secara rawak dua atau tiga kumpulan untuk digabungkan
Kumpulan B
  • penyelidik memilih secara rawak dengan menggunakan permainan kad sebagai medium pembentukan kumpulan
  • pelajar yang mempunyai kad yang sama secara automatik adalah ahli kumpulan
Menggunakan 4 aspek penting:
  1. Perancangan
  2. Tindakan
  3. Menilai
  4. Mereflek
PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data telah dijalankan dengan menggunakan

  1. kaedah kuantitatif
  • Ujian -Pra
  • Ujian -Pos
2. kaedah kuantitatif
  • Soal Selidik
PENGANALISISAN DATA
Kajian dibuat dengan menganalisis markah kepuasan pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi secara koperatif, markah-markah ujian pra dan pos (peperiksaan), dan juga hasil dari jawapan yang telah dikemukakan di dalam borang soal selidik.

PAPARAN KAJIAN
Paparan kajain telah dibuat dalam bentuk ANOVA model dan juga menggunakan Descriptive statistics of all variables untuk menunjukkan hasil dapatan.

HASIL DAPATAN

Penyelidik mendapati motivasi pelajar meningkat apabila diberi peluang untuk memilih sendiri ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan.Hasil tugasan yang diberi juga amat memberansangkan kerana apabila pelajar berada di dalam kumpulan yang telah mereka pilih, mereka merasa selesa untuk mengutarakan pendapat, idea dan yang penting dalam memberi kerjasama sesama ahli. Markah ujian dan peperiksaan juga meningkat apabila mereka belajar bersama dengan ahli kumpulan atau pasangan yang mereka telah pilih.

_______________________________________________________________________________________________________

JURNAL 2

"COOPERATIVE LEARNING:
A PEDAGOGY TO IMPROVE STUDENTS' GENERIC SKILLS?"


oleh:
JOAN BALLANTINE
PATRICIA MCCOURT LARRES

PENYATAAN MASALAH
Mengkaji keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam meningkatkan kemahiran generik pelajar.

SAMPEL KAJIAN
  • pelajar tahun akhir
  • seramai 32 orang responden
SETTING KAJIAN
  • di salah sebuah Universiti di British

METHODOLOGI
Soal selidik

PROSEDUR
Dalam kajian ini, pelajar telah dipilih secara rawak oleh penyelidik dalam pemilihan ahli kumpulan iaitu dengan memilih seramai empat orang untuk setiap kumpulan.Kriteria yang diambil kira dalam membentuk kumpulan ialah berdasarkan kepada markah yang diperolehi dalam ujian Akaun.Pelajar yang memperolehi markah yang tinggi akan digabungkan dengan pelajar yang lemah bagi mendapat kalobrasi yang baik.

PENGUMPULAN DATA
Data telah dkumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif (borang soal selidik) yang dilakukan pada minggu terakhir pengajian. Menggunakan Likert Scale(dari sangat setuju hingga ke sangat tidak setuju) dalam soalan yang dikemukakan bagi melihat pandangan pelajar terhadap kaedah koperatif di dalam proses pengajaran mereka.

PENGANALISISAN DATA
Kajian dijalankan dengan menilai tahap kepuasan pelajar dalam mengaplikasikan kaedah koperatif dalam cara pembelajaran mereka.Penganalisisan data telah dibuat dengan menggunakan descriptive statistics dan ujian Mann-Whitney U (M-W U).

PAPARAN KAJIAN

Paparan kajian telah dibuat dalam bentuk jadual bagi menunjukkan hasil keputusan yang diperolehi.

HASIL DAPATAN

Kaedah koperatif ini telah terbukti keberkesanannya dalam mengendalikan pelajar semasa proses P&P. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati peratusan tahap pencapaian pelajar telah meningkat hasil penggunaan keadah ini semasa pengajaran. Pelajar juga mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran kerana setiap kali diadakan atau disuruh untuk membentuk kumpulan, mereka kelihatan seronok untuk bekerjasama. Kaedah ini sedikit sebanyak membantu menambahkan kemahiran sosial sesama pelajar di mana apabila mereka ini dikumpulkan untuk menyiapkan sesuatu permasalahan atau tugasan, pelajar akan bekerjasama menyumbangkan pendapat dan idea.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JURNAL 3


"An empirical study on teaching urban young children music and English by contrastive elements of music and songs"

oleh:
Ling-Yu Liza Lee

tujuan kajian ini adalah untuk mengajar kanak-kanak bandar dengan konsep muzik di dalam subjek Bahasa Inggeris dengan mencipta muzik dan lagu yang kreatif
ini kerana penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi merupakan elemen penting di dalam perkembangan kanak-kanak terutama sekali di bawah umur 5 tahun
menjalankan aktiviti dengan bermain dengan diiringi muzik, menyanyi,menari ikut muzik

penyataan masalah

  • Bolehkah penghasilan muzik yang kreatif dengan unsur-unsur kontrastif dan lagu yang senang diajar dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak terhadap konsep muzik?

  • Bolehkah penghasilan muzik yang kreatif dengan unsur-unsur kontrastif dan lagu yang senang diajar dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris kanak-kanak?


sampel kajian
kajian ini telah dilakukan ke atas tujuh orang kanak-kanak tadika
terdiri dari tiga orang kanak-kanak lelaki dan empat orang kanak-kanak perempuan
berumur di antara 3-4 tahun
yang tidak mempunyai pendedahan terhadap muzik dan Bahasa Inggeris
melibatkan ibu bapa, guru kelas dan juga pentadbir tadika di dalam aktiviti soal selidik
kajian ini mengambil masa selama 24 minggu, 2 sesi dalam seminggu

setting kajian
tadika swasta di Bandar Taichung,tengah-tengah Taiwan


Methodologi
secara kualitatif iaitu melalui pemerhatian, temubual dan RPH
dan
kuantitatif data iaitu markah ujian dan latihan

prosedur

MERANCANG : Merancang tindakan / intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan. BERTINDAK : Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus. MEMERHATI : Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.
MENILAI : Melihat kekuatan dan kelemahan P&P diri sendiri.

merancang dengan menjalankan pre-test mengenai pengetahuan kanak-kanak di dalam Bahasa Inggeris
melaksanakan kajian denganmengajar konsep-konsep muzik seperti menari sambil mengikuti muzik
mengajar Bahasa Inggeris asas
mengajar lagu kanak-kanak di dalam Bahasa Inggeris
menjalankan post-test mengenai pengetahuan kanak-kanak di dalam Bahasa Inggeris untuk melihat perubahan kanak-kanak ini

pengumpulan data
  • melalui pemerhatian dan temubual
menjalankan empat pemerhatian awal di awal kajian
- menurut ibu bapa dan guru, kanak-kanak ini tidak pernah didedahkan dengan kelas muzik dan Bahasa Inggeris
semasa berada di dalam sesi percubaan
kanak-kanak dilihat faham dengan elemen-elemen muzik yang rendah dan tinggi
dalam elemen muzik yang nyaring dan lembut, kanak-kanak ini sudah pandai menepuk tangan apabila muzik dimainkan
guru menggunakan perkataan-perkataan asas seperti "fast,stop,slow" dan pelajar telah memberi respons

  • melalui ujian
dapat dilihat kefahaman kanak-kanak semasa pre-test dan post-test
ada peningkatan hasil dari keputusan ujian di dalam post-test
iaitu
keupayaan untuk mengikut arahan guru untuk melakukan
pergerakan setelah muzik atau lagu dimainkan
kanak-kanak dapat meniru nyanyian guru

analisis data
guru melihat perubahan kanak-kanak terhadap muzik dan Bahasa Inggeris setiap kali sesi kajian
guru akan melakuakan pemerhatian, temubual yang direkodkan untuk melihat perkembangan kanak-kanak terhadap apa yang diajar

hasil dapatan
kanak-kanak ini dilihat ada kemajuan yang positif di dalam penguasaan Bahasa Inggeris
mengajar kanak-kanak menggunakan pecahan-pecahan muzik adalah cara yang sangat berkesan untuk memahami konsep muzik
mencipta lagu asas kanak-kanak di dalam Bahasa Inggeris memudahkan dapat belajar Bahasa Inggeris dengan mudah








0 comments: