BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Operational Framework

TEORI, STRATEGI DAN KAEDAH UNTUK PERNYATAAN MASALAH



TEORI


Selepas mengenal pasti masalah kajian, didapati terdapat dua teori dan kaedah yang boleh dijadikan panduan di sini bagi menyelesaikan pernyataan masalah:


1. Teori Metakognisi


Teori yang akan digunakan di sini adalah teori metakognisi. Teori metakognisi merupakan teori yang melibatkan pemikiran individu. Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) yang menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH.

Konsep yang akan diaplikasikan di sini adalah konsep kemahiran berfikir. Konsep kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.


Kemahiran berfikir secara kritis :
kebolehan membuat , mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif: kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.


2. Teori Motivasi


Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan yang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut:
a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.
b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.
c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.
d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.



STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN


Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan motivasi dan minat pelajar adalah dengan cara:
a. berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam dalam pengajaran

b. berpusatkan tugas: murid menyempurnakan tugas, aktiviti yang diberikan oleh guru untuk melihat sama ada pelajar menguasai atau tidak isi kandungan pengajaran dan memberi peluang untuk murid berinteraksi dan mengamalkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.



KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN


1. kaedah berasaskan masalah : penyelesaian masalah membolehkan pelajar berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Masalah yang diberikan oleh guru hendaklah berkaitan dengan topik-topik pengajaran. Kemahiran berfikir adalah perlu bagi memastikan pelajar-pelajar memikirkan penyelesaian tanpa bantuan guru. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan kreativiti, bakat dan potensi seseorang pelajar itu.

2. kaedah pembelajaran kooperatif (JIGSAW)

Aktiviti 12:Pemurniaan

Pendekatan Sedutan iklan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan / Kemahiran Hidup

Pernyataan Masalah


Matlamat pengajaran perdagangan adalah untuk membentuk pelajar mengetahui, memahami, dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan berkaitan. Matapelajaran KH pula adalah bersifat amali dan berunsurkan teknologi yang dirancang untuk mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.


Pengkaji mendapati sebagian pelajar kurang melibatkan diri dalam matapelajaran pendidikan perdagangan dan KH kerana pelajar cepat merasa jemu dan bosan. Perkara ini berlaku apabila guru hanya menggunakan teknik kuliah dan syarahan semata-mata bagi matapelajaran perdagangan. Bagi matapelajaran KH pula, pelajar kurang kreatif kerana kekurangan idea dalam menghasilkan sesuatu projek. Di samping itu, kekurangan kemahiran dalam sub topik tertentu mendorong pelajar tersebut kurang penglibatan dalama aktiviti-aktiviti tertentu.


Justeru itu, pengkaji menggunakan kaedah sedutan iklan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alternative baru yang mampu menarik minat pelajar dalam menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara aktif ketika sesi pengajaran dan pebelajaran. Walaubagaimanapun, teknik kuliah dan syarahan tetap digunakan dalam P&P dan dipelbagaikan dengan menggunakna teknik sedutan iklan.



Tujuan Kajian


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek KHB/Perdagangan dengan menggunakan pendekatan sedutan iklan.



Objektif Kajian


  1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.
  2. Menilai keberkesanan penggunaan iklan dalam menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan.


AKTIVITI 11: MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN(JURNAL)

Penulis mendapati rata-rata kanak tadika yang bersekolah di bandar masih tidak menguasai dan ada juga yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Pada umur tiga hingga empat tahun ia merupakan umur yang sesuai untuk dalam perkembangan kanak-kanak terutama sekali mengajara mereka bertutur dan berkomunikasi. Menurut buku ini, penulis mencadangkan pengajaran bahasa Inggeris diajar kepada kanak-kanak ini dengan berbantukan muzik sebagai medium pengajaran. Muzik yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap kanak-kanak yang kemudiannya muzik ini akan diubahsuai dari bahasa kebangsaan Taiwan kepada bahasa Inggeris supaya kanak-kanak mudah belajar.

AKTIVITI 10: MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN (BUKU)

Menurut penulis , melalui permerhatian semasa proses P&P, suasana keadaan di dalam kelas membosankan, pelajar dilihat bosan dengan subjek yang diajar, pelajr buat hal sendiri semasa proses P&P berjalan , pelajar suka ponteng dan pencapaian akademik yang tidak memeuaska memerlukan guru membuat sesuatu iaitu kajian bagi mencari punca dan penyelesaian. Guru perlu melakukan refleksi bagi mencari punca kepada masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan.

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN 9: MATLAMAT, OBJEKTIF,PERSOALAN....

9.1 Matlamat kajian:


Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek KHB/Perdagangan dengan menggunakan pendekatan sedutan iklan.


9.2 Objektif kajian:


1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.


2. Menilai keberkesanan penggunaan iklan dalam menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan.


9.3 Persoalan kajian:

1. Adakah penggunaan iklan mampu meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa P & P


2. Adakah penggunaan iklan dapat menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan

TUGASAN 8: CADANGAN.....

Pengalaman Individu

1. Pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif supaya pelajar lebih menjadi aktif bersemangat untuk fokus
2. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan dipelbagaikan supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang di ajar
Nurul Syuhaiza Othman


1. Pemilihan guru yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
2. Mengurangkan penghasilan projek yang hampir sama.
3. Guru memberi fokus yang lebih kepada pelajar yang kurang berkebolehan

Ery

1. penggunaan teknologi dan media bersesuaian dengan minat pelajar masa kini
2. guru perlu bijak mengubah suai silibus supaya pelbagai aktiviti tambahan dpt dijalankan
Sumaiyah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pengalaman Pasukan


Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti tadi, kami mencadangkan penggunaan sedutan iklan sebagai satu kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa mengajar subjek KH/ perdagangan memandangkan kaedah ini tidak pernah diaplikasikan oleh kebanyakkan guru-guru sebelum ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman Pasukan Luar

1. penggunaan peta minda
2. kaedah perbincangan kooperatif dan kolaboratif
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Literature Review

Jurnal

GAYA PEMBELAJARAN DAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh
Giam Kah How

Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri.

Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Untuk memudahkan pembelajaran sedemikian, penggunaan multimedia telah dicadangkan.

Jurnal

Multimedia dalam Pendidikan

oleh
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir

Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran.

l

TUGASAN 7: KELEMAHAN.....

Pengalaman Individu


1. subjek perd menjurus lbh kpd fakta yang memerlukan pelajar menghafal berbanding dr memahami isi
2. guru lebih mengutamakan / fokus untuk habiskan silibus
3. pelajar menjadi cepat bosan dengan kaedah tradisional yg digunakan
4.
Embun Pagi

1. Subjek KHB memerlukan pelajar mencipta banyak projek, oleh itu, pelajar akan merasa yang tidak berkebolehkan akan merasa bosan.
2. Memerlukan guru yang betul-betul kreatif dalam penghasilan projek.
3. Pelbagai kategori projek boleh menyebabkan pelajar sukar untuk melaksanakannya. Cth, pelajar yang berkemahiran bertukang tetapi tidak berkemahiran dalam bidang jahitan.

Mohd Ery Johaizal Ramli


1. Terlalu banyak fakta / pembacaan
2. Memerlukan guru yang kreatif (penggunaan teknik mengajar yg tidak membosankan)
3. Hanya option (perdagangan) menyebabkan skop atau ruang lingkupnya agak kecil
4. Kelemahan 4: tidak berapa mendapat pilihan di hati pelajar2 yg tidak menyukai kamahiran / pembacaan

Sumaiyah

......................................................................................................................................................................

Pengalaman Pasukan


1. Teknik pengajaran guru yg membosankan (aktiviti terhad-terlalu banyak menyalin nota)
2. Pengajaran yg diajar lbh kpd teacher centered
3. Alat/perkakas yg tidak mencukupi bole?
4. Penggunaan peralatan multimedia yg terhad

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman Pasukan Luar

1. penggunaan BBM tradisional (kad manila / dam ular)
2. terpaksa menghabiskan silibus
3. bosan dengan subjek perdagangan kerena memerlukan pembacaan
4. pelajar tak nampak gambaran sebenar transaksi yg berlaku di dalam dunia sebenar perniagaan. pelajar cuma tahu urusan jual beli sahaja

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Literature Review

Jurnal
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh
Dr. Rusmini Ku Ahmad


Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P.Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.