BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Operational Framework

TEORI, STRATEGI DAN KAEDAH UNTUK PERNYATAAN MASALAH



TEORI


Selepas mengenal pasti masalah kajian, didapati terdapat dua teori dan kaedah yang boleh dijadikan panduan di sini bagi menyelesaikan pernyataan masalah:


1. Teori Metakognisi


Teori yang akan digunakan di sini adalah teori metakognisi. Teori metakognisi merupakan teori yang melibatkan pemikiran individu. Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) yang menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH.

Konsep yang akan diaplikasikan di sini adalah konsep kemahiran berfikir. Konsep kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.


Kemahiran berfikir secara kritis :
kebolehan membuat , mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif: kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.


2. Teori Motivasi


Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan yang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut:
a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.
b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.
c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.
d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.



STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN


Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan motivasi dan minat pelajar adalah dengan cara:
a. berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam dalam pengajaran

b. berpusatkan tugas: murid menyempurnakan tugas, aktiviti yang diberikan oleh guru untuk melihat sama ada pelajar menguasai atau tidak isi kandungan pengajaran dan memberi peluang untuk murid berinteraksi dan mengamalkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.



KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN


1. kaedah berasaskan masalah : penyelesaian masalah membolehkan pelajar berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Masalah yang diberikan oleh guru hendaklah berkaitan dengan topik-topik pengajaran. Kemahiran berfikir adalah perlu bagi memastikan pelajar-pelajar memikirkan penyelesaian tanpa bantuan guru. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan kreativiti, bakat dan potensi seseorang pelajar itu.

2. kaedah pembelajaran kooperatif (JIGSAW)

Aktiviti 12:Pemurniaan

Pendekatan Sedutan iklan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan / Kemahiran Hidup

Pernyataan Masalah


Matlamat pengajaran perdagangan adalah untuk membentuk pelajar mengetahui, memahami, dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan berkaitan. Matapelajaran KH pula adalah bersifat amali dan berunsurkan teknologi yang dirancang untuk mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.


Pengkaji mendapati sebagian pelajar kurang melibatkan diri dalam matapelajaran pendidikan perdagangan dan KH kerana pelajar cepat merasa jemu dan bosan. Perkara ini berlaku apabila guru hanya menggunakan teknik kuliah dan syarahan semata-mata bagi matapelajaran perdagangan. Bagi matapelajaran KH pula, pelajar kurang kreatif kerana kekurangan idea dalam menghasilkan sesuatu projek. Di samping itu, kekurangan kemahiran dalam sub topik tertentu mendorong pelajar tersebut kurang penglibatan dalama aktiviti-aktiviti tertentu.


Justeru itu, pengkaji menggunakan kaedah sedutan iklan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alternative baru yang mampu menarik minat pelajar dalam menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara aktif ketika sesi pengajaran dan pebelajaran. Walaubagaimanapun, teknik kuliah dan syarahan tetap digunakan dalam P&P dan dipelbagaikan dengan menggunakna teknik sedutan iklan.



Tujuan Kajian


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek KHB/Perdagangan dengan menggunakan pendekatan sedutan iklan.



Objektif Kajian


  1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.
  2. Menilai keberkesanan penggunaan iklan dalam menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan.


AKTIVITI 11: MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN(JURNAL)

Penulis mendapati rata-rata kanak tadika yang bersekolah di bandar masih tidak menguasai dan ada juga yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Pada umur tiga hingga empat tahun ia merupakan umur yang sesuai untuk dalam perkembangan kanak-kanak terutama sekali mengajara mereka bertutur dan berkomunikasi. Menurut buku ini, penulis mencadangkan pengajaran bahasa Inggeris diajar kepada kanak-kanak ini dengan berbantukan muzik sebagai medium pengajaran. Muzik yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap kanak-kanak yang kemudiannya muzik ini akan diubahsuai dari bahasa kebangsaan Taiwan kepada bahasa Inggeris supaya kanak-kanak mudah belajar.

AKTIVITI 10: MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN (BUKU)

Menurut penulis , melalui permerhatian semasa proses P&P, suasana keadaan di dalam kelas membosankan, pelajar dilihat bosan dengan subjek yang diajar, pelajr buat hal sendiri semasa proses P&P berjalan , pelajar suka ponteng dan pencapaian akademik yang tidak memeuaska memerlukan guru membuat sesuatu iaitu kajian bagi mencari punca dan penyelesaian. Guru perlu melakukan refleksi bagi mencari punca kepada masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan.